Friday, June 10, 2011

Informasi Mengenai Air Minuman

AIR

AIR - terdapat di mana-mana jua, mudah dan murah, inilah keadilan ALLAH kepada semua makhluknya!

AIR - Pencetus kehidupan....  AIR - Penyokong kehidupan....AIR adalah NUTRIENT UTAMA bagi makhluk Bumi.

Hanya BUMI sahaja yang memiliki AIR berbanding planet lain dalam sistem solar kita! Begitulah istimewanya BUMI dan penghuninya.
Setelah kehidupan tercetus, ia perlu terus disokong dengan AIR, jika tidak kehidupan itu akan layu dan mati.

Sebagai contoh:

Ambil beberapa biji benih jagung dan semaikan dalam bekas berisi AIR, apabila bertunas baru tanam di ladang. Perlukah anak pokok jangung ini di siram Air setiap hari? Bolehkah benih jagung itu bertunas tanpa AIR?

Tanpa AIR tiada kehidupan dan tiada AIR semua kehidupan akan lupus. Ini adalah hukum kehidupan di BUMI. Hanyan Syaitan, Iblis, Jin dan Malaikat  sahaja tidak memerlukan AIR.  Jika hakikat ini tidak diakur sepenuhnya, terimalah padahnya!

Semua makhluk di BUMI minum air mengikut naluri semulajadi mereka, kecuali manusia sahaja yang minum mengikut SELERA TEKAK mereka. Justeru, makhluk lain tidak kena Diabetes atau penyakit kronik lain seperti kebanyakan manusia di zaman 'modern'  ini.

Setelah anda akui betapa pentingnya Air kepada tubuh dan ingin memulakan meminumnya, anda juga perlu tahu bahawa AIR BUKAN SAMA! Walaupun pada mata kasar air kelihatan sama, sebenarnya AIR yang diperlukan untuk hidup juga boleh menjadi mudharat jika tersalah pilih.  Pilihlah jenis dan sifat yang paling sesuai dengan tubuh manusia. Bagaimana pula caranya?

Ketahuilah bahawa Air mempunyai pelbagai sifat, ada bersifat:-

keras, lembut, sejuk, panas, ringan, berat, penurun, peningkat, kendur, tegang

Sifat Air mempunyai nilai yang berbeza dan kesan tindakbalas ke atas tubuh manusia juga berbeza.
TAKRIF SIFAT AIR

Keras, bermaksud air tersebut mengandungi garam galian serta unsur logam nano. Air semualajadi yang terdapat di kaki gunug, sungai, tasik bersifat berat kerana mengandungi garam dan unsur logam nano (trace elements). Air Zam-Zam juga termasuk dalam golongan air keras kerana kandungan garam Na, Mag, K, Ca serta Fl. Air ini lazimnya dipanggil Air Mineral.

Lembut, bermaksud air jenis ini tidak mengadungi garam atau unsur logam nano di dalamnya, seperti air RO dan Air Suling. Air lembut bersifat neutral.

Dari aspek keperluan tubuh, air keras adalah lebih berguna dan baik, sebaliknya air RO dan air Suling hanya bersih malah amat bersih sehingga tidak terdapat sebarang garam atau unsur logam nano yang amat diperlukan oleh tubuh. Jika anda perlu buat pilihan, air jenis mana anda pilih?

Sejuk, bermaksud air tersebut bersifat ALKALI. Ini amat penting untuk meneutralkan sisa asid yang banyak terdampar di dalam tubuh anda. Contoh air Alkali ialah semua jenis Air Keras.

Panas, bermaksud air ini bersifat ASID. Air jenis ini tidak dapat membantu mengenyahkan sisa asid dari tubuh anda. Justeru keasidan tubuh akan berkekalan malah akan bertambah lagi. Contoh air panas ialah  minuman Cola, minuman Gas. Air jenis mana ada perlu minum?

Ringan, bermaksud  molekul air yang dibina dari HIDROGEN, berat atom Hidrogen ialah 1, kerana mempunyai 1 elektron sahaja, unsur paling ringan dalam skala berjadual (periodic table). Rngkasan molekul air = H2O. Kebanyakan air di permukaan bumi adalah dari jenis H2O.

Berat, bermaksud molekul air yang dibina dengan DIEUTRIUM, iaitu  jenis Hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 elektron, berat molekulnya ialah 3.
Sebilangan kecil air di Bumi terutamanya di kawasan air terjun. Simbol airnya ialah D2O. Manakala air paling berat ialah air yang dibina dengan TRITRIUM, jenis Hidrogen yang mempunyai 3 proton dan 3 elektron. Berat molekulnya ialah 6, dan air jenis ini dipanggil ISOTOPE, dibuat khas oleh manusia untuk menyejukkan Logi Reaktor Neuklear. Simbol Air ini ialah T2O.

Penurun, bermaksud air yang boleh menentang dan menurunkan kadar pengoksidan. Air jenis ini lazimnya mengandungi semua garam elektrolit serta unsur logam nano. Istimewa nya air ini adalah ia turut mengandungi lebihan OKSIGEN LARUT dengan 2 Elektron Bebas untuk didermakan kepada 2 unit H+ atau 2 unit ROS (Radical Oxygen Spesis) atau lazim disebut Radikal Bebas. Air jenis ini hanya boleh didapati melalui proses elektrolisis dengan menggunakan mesin khas untuk memisahkan molekul H2O dan singkirkan H+ tersebut dari takungan air justeru, menghasilkan OH-. Apabila 2 OH- bertembung semula ia membentuk H2O dan menghasilkan 1 unit O- (Oksigen negatif - mempunyai 2 elektron tambahan). Air jenis ini digunakan oleh orang Jepun untuk meneutralkan radiasi peninggalan bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kini air ini yang juga dipanggil AIR IONIK sedang mencetuskan kebangkitan besar di persada industri kesihatan dunia.
Peningkat, bermaksud air yang menggalakkan pengoksidan dengan merompak elaktron dari sel tubuh justeru, mencedera dan menyababkan penuaan lebih awal disamping menggugat pertumbuhan sel serta seringmengganggu DNA. Contoh air peningkat ialah minuman Cola, Diet Cola, semua minuman bergas, Sirap, Alkohol, Bir, air RO atau semua air minum  berwarna dan berperisa.
Kendur, bermaksud air ini mudah meresap ke dalam kotoran atau ke dalam sel kerana sifat gumpulan molekulnya kecil, antara 5 ke 6 molekul air dalam satu gumpulan. Air mineral, air Alkali bersifat kendur justeru, baik untuk sel tubuh.
Tegang, bermaksud gumpulan air ini besar, lazimnya terdapat 13 atau 15 molekul setiap gumpulan. Ia tidak mampu melakukan kerja membasuh atau mencuci dengan baik malah menokok tambah kotoran di dalam tubuh. Air minuman Cola, Diet Cola dan semua minuman berperisa, berwarna dan bergas merupakan air tegang.

Kini anda mempunyai gambaran ringkas tentang sifat air, pilihlah dengan tepat, kerana pilihan anda akan menentukan mutu kesihatan dan kehidupan sementara anda di Bumi ini.


Pada masa kini, air beralkali begitu popular. Ini menunjukan kebanyakan orang semakin sedar akan kepentingan air beralkali kepada diri mereka. Tapi kenapa air beralkali?
Tahukah anda bahawa dalam badan anda adalah terlalu berasid? Ini adalah kerana dari makanan, pencemaran, rokok, air, gaya hidup dan juga tekanan hidup.  Dan daripada ini, badan kita akan mengalami pengoksidaan. Jika anda kurang faham apa itu pengoksidaan, anda boleh lihat pada potongan buah epal. Jika dibiarkan buah epal itu terdedah di udara ia akan bertukar warna keperang-perangan. Samalah juga dengan anggota dalam badan kita.
Yes, jika anda sedar juga, perkataan anti-oksida juga semakin popular sekarang. Boleh kata kebanyakkan makanan dan minuman yang ada dipasaran terutama makanan tambahan (supplement food) mempunyai anti-oksida (mereka yang cakap).  Tapi tahukah anda, bahawa anda boleh mengawal tahap asidik dalam badan anda dan pada masa yang sama boleh bertindak untuk de-tox kandungan oksida hanya dengan air sahaja? Ya tanpa perlu makan banyak makanan tambahan setiap bulan. Menurut kata Ian Blair Hamilton
Managing Director, IonLife
Isn’t this fabulous information? I am so grateful to have learned about acid/alkaline! We’ve all concentrated on finding the latest supplement or miracle cure to ‘improve our wellness when the real support work can be done using what we are primarily and overwhelmingly composed of.
What’s that? Water!
We are 70% water – yet we’ve basically ignored it! So now we are going to look at how water can change us fundamentally. But to do this I need to let you see what happens in an acidic body – bearing in mind that unless you are the one in 100 who is naturally alkaline, this means YOU!
Kini baru kita ketahui bahawa air begitu penting kepada anggota dalam badan kita ini. Air alkali juga bertindak sebagai anti-oksida yang amat berkuasa. Makanan beralkali juga bertindak pada setengah-tengah perkara tapi ingatlah bahawa badan kita adalah 70% air, jadi lebih mengikut akal jika air kita minum lebih beralkali. Ini kerana air dalam bentuk antioksida adalah begitu berkesan dan lebih ekonomi untuk menyerang balas radikal bebas(free radicals) di dalam badan kita daripada makanan atau pil-pil.
Dan yang paling penting sekali, minum air yang beralkali lebih jimat dan lebih selamat serta sihat dari air yang kita beli di luar itu seperti air mineral, RO dan juga distilled water (air suling).



Kelebihan Air Alkali

Tinggi Antioksidan (Membenteras Radikal Bebas), Mengatasi berlebihan Asid Laktik di dalam tubuh, Membekalkan banyak oksigen,Meningkatkan Tenaga, Mempercepatkan Penyembuhan, Menawar & Mengingkirkan Toksik, Anti Kanser (sel kanser tidak boleh hidup di dalam keadaan beralkali), Membantu mengawal berat badan, Kaya dengan mineral Magnesium, Kalsium, Potasium & Sodium dan nutrien lebih mudah di serap oleh sel badan
Air Beralkali
Membantu Membuang Batu Karang Di Dalam Buah Pinggang, Membantu penyakit Arthritis, Penyakit Autoimun, Penyakit Gout, Osteoporosis,Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi, Membantu Penyakit Kanser (Kaya dengan Antioksidan), Stroke, Serangan Sakit Jantung, Keradangan, Menambah Bekalan Mineral di dalam Tubuh, Mengurangkan stress kepada Sistem Eliminasi (Buah Pinggang, Hati & Usus)
Ciri-ciri Orang Beralkali
Sentiasa bertenaga, tidak letih selepas memakan daging, tidur sikit pun segar, kerja melibatkan mental tidak penat, berpandangan positif,Ceria, Boleh melakukan aktiviti lasak, Jarang deman & selsema, Tahan alahan, Tenang & Sihat, Pergaulan aktif
Antara punca Penyakit akibat Asid berlebihan di tubuh badan
Obesiti
Berpunca daripada makanan berkarbohidrat dan berlemak menjadi fatty asid dan melonggok di bawah kulit, perut dan pinggang bagi lelaki. Manakala perempuan di punggung, peha & buah dada. Organ dalaman tidak dapat bekalan nutrien yang mencukupi dan akhirnya boleh merosakkannya. Mengatasinya dengan mengambil air beralkali (sekitar PH 9~10) di antara 5~8 gelas sehari untuk mengaktifkan buah pinggang. Hati akan memetabolismakan lemak
Kanser
Badan berasid menyebabkan sel rosak dan akhirnya menjadi kanser. Masalah kanser dirawat dengan kimoterapi di mana radiasi akan menambahkan asid dan menjadikannya lebih serius. Meminum air tinggi alkali akan dapat mencegah kanser dengan meneutralkan asid tersebut
Tekanan Darah Tinggi
Penyakit tersebut disebabkan oleh keadaan asidosis dalam tubuh kita yang datangnya dari faktor pemakanan berasid seperti makanan berminyak, berkarbonat dll. Meminum air tinggi alkali boleh menurunkan tekanan darah
Arthritis
Disebabkan longgokan asid di sendi. Makan Aspirin menjadikan lebih asid. Sapuan luar hanyan kelegaan sementara. Air tinggi alkali dapat Membantu mengurangkan longgokan asid di sendi
Buah Pinggang
Bahan toksik membebankan buah pinggang menyebabkan Nephritis, Keracunan Uremia dan Penyakit pundi kencing. Toksik menyebabkan darah berasid. Garam asid menjadi batu di buah pinggang. Air alkali dapat membantu masalah ini

No comments:

Post a Comment