Saturday, June 11, 2011
HALAL IS WAJIB
Halal is an Arabic word which means permissible or lawful. In the Holy Quran, God commands Muslims and all of mankind to eat of the Halal things - "O mankind! Eat of that which is lawful and wholesome, and follow not the footsteps of the devil. Lo! he is an avowed enemy of you." (2:168)
Habatus sawda Penawar H1N1
Jintan Hitam Cegah H1N1 - Utusan
Sharjah, UAE - Habbatus Sauda dipercayai dapat mencegah jangkitan Selsema Babi @ H1N1. Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi (baca petikan diatas).
Di Malaysia juga ada banyak produk Habbatus Sauda yang telah diproses. Antara produk Muslim yang sedang meningkat popular adalah Minyak Dara Habbatus Sauda berjenama SaudaCare. Cubalah keberkesanan MINYAK DARA SAUDACARE yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya. Minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya.

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi. Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu
Gelatin dan status Kehalalannya
Pencarian Gelatin Halal
Di Malaysia kini isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Kerajaan juga turut memandang berat terhadap isu makanan halal kerana ia memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia. Dalam usahanya untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal (halal hub) sedunia. Sejajar dengan aspirasi kerajaan, Halagel(M) Sdn. Bhd. Telah berusahan sedaya upaya untuk menyediakan produk alternatif halal khusus untuk kegunaan pengguna muslim dan masyarakat di Malaysia amnya. Antara produk yang diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Gelatin yang dikeluarkan Halagel(M) Sdn. Bhd. Sejak tahun 1997 diperolehi daripada negara Islam iaitu Pakistan dan mempunyai 100% tenaga kerja yang terdiri daripada orang-orang Islam. Selain itu gelatin halal yang dikeluarkan, adalah dari sumber tulang haiwan-haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau. Haiwan-haiwan tersebut juga telah disembelih terlebih dahulu mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.
Seperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan gelatin adalah begitu penting dalam industri makanan dan farmasuketikal. Gelatin merupakan protin yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti babi, lembu dan kerbau iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Gelatin juga didefinasikan terbitan kolagen iaitu protin yang dikaitkan dengan kulit, tulang dan tisu penyambung yang lain. Sifat-sifat gelatin yang luar biasa telah menjadikannnya sebagai bahan pemantap, pengemulasi (agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia juga turut berfungsi sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan penggebu. Mungkin ramai dikalanngan kita yang tidak menyedari banyak makanan yang dimakan mengandungi gelatin.Terdapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffte, jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk kapsul lembut atau softgel.
Hari ini kita banyak mendengar slogan, ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, INSAN KAMIL dan macam-macam lagi yang menjurus kepada pembentukan keperibadian dan salsiah rupa diri umat Islam. TETAPI..... sejauh manakah kita yang mengaku sebagai umat Islam mengambil berat tentang apakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubat-ubatan yang kita gunakan setiap hari??? Adakah kita pasti ia datang daripada sumber yang halal? adakah menggunakan gelatin halal? Ataupun kita langsung tidak peka terhadap perkara tersebut. Terdapat beberapa pengeluar yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal atau haram sumber gelatin tersebut. Antaranya, Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut kajian yang dijalankan oleh CAP ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperolehi daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, sebanyak 60% daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperolehi daripada kulit babi.
Meskipun gelatin halal boleh diperolehi daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kambing secara komersilnya lebuh menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakan kulit babi digunakan untuk membuat gelatin. Gelatin yang dihasilkan daripada kulit babi juga dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut lapuran pasaran, gelatin dunia bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan untuk membuat gelatin adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui lapuran ini jelaslah bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain. Adakah kita mengetahui tentang perkara ini dan apakah tindakan yang wajar kita ambil sebagai pengguna muslim?! Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W “Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya..... (H.R Muslim)”
Sebagai pengguna muslim kita haruslah berhati-hati apabila memakan makanan yang mengandungi gelatin.INGAT!!!......walaupun gelatin halal tersebut didakwa diperolehi daripada sumber binatang yang halal dimakan, seperti lembu dan kerbau, gelatin tersebut tidak boleh dianggap halal kecuali binatang tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan dan bukan daripada sumber binatang yang dimakan oleh kita sebagai umat Islam.
Apabila menyentuh tentang isu halal dan haram, TIADA PERKARA YANG BOLEH DIAMBIL MUDAH!!! Ia merupakan perkara yang penting dan perlu diberikan penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal dituntut oleh agama. Bahkan apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan akan dihisab kelak. Justeru, dalam konteks pemakanan amatlah wajar kita sebagai pengguna Islam mengambil langkah yang bijak dan lebih serius dalam memilih jenis makanan untuk diri dan keluarga agar mampu menjadi insan yang kamil serta muslim yang sejati dalam masyarakat madani.
Friday, June 10, 2011
Informasi Mengenai Air Minuman
AIR
AIR - terdapat di mana-mana jua, mudah dan murah, inilah keadilan ALLAH kepada semua makhluknya!
AIR - Pencetus kehidupan.... AIR - Penyokong kehidupan....AIR adalah NUTRIENT UTAMA bagi makhluk Bumi.
Hanya BUMI sahaja yang memiliki AIR berbanding planet lain dalam sistem solar kita! Begitulah istimewanya BUMI dan penghuninya.
Penurun, bermaksud air yang boleh menentang dan menurunkan kadar pengoksidan. Air jenis ini lazimnya mengandungi semua garam elektrolit serta unsur logam nano. Istimewa nya air ini adalah ia turut mengandungi lebihan OKSIGEN LARUT dengan 2 Elektron Bebas untuk didermakan kepada 2 unit H+ atau 2 unit ROS (Radical Oxygen Spesis) atau lazim disebut Radikal Bebas. Air jenis ini hanya boleh didapati melalui proses elektrolisis dengan menggunakan mesin khas untuk memisahkan molekul H2O dan singkirkan H+ tersebut dari takungan air justeru, menghasilkan OH-. Apabila 2 OH- bertembung semula ia membentuk H2O dan menghasilkan 1 unit O- (Oksigen negatif - mempunyai 2 elektron tambahan). Air jenis ini digunakan oleh orang Jepun untuk meneutralkan radiasi peninggalan bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kini air ini yang juga dipanggil AIR IONIK sedang mencetuskan kebangkitan besar di persada industri kesihatan dunia.

Setelah kehidupan tercetus, ia perlu terus disokong dengan AIR, jika tidak kehidupan itu akan layu dan mati.
Sebagai contoh:
Ambil beberapa biji benih jagung dan semaikan dalam bekas berisi AIR, apabila bertunas baru tanam di ladang. Perlukah anak pokok jangung ini di siram Air setiap hari? Bolehkah benih jagung itu bertunas tanpa AIR?
Tanpa AIR tiada kehidupan dan tiada AIR semua kehidupan akan lupus. Ini adalah hukum kehidupan di BUMI. Hanyan Syaitan, Iblis, Jin dan Malaikat sahaja tidak memerlukan AIR. Jika hakikat ini tidak diakur sepenuhnya, terimalah padahnya!
Semua makhluk di BUMI minum air mengikut naluri semulajadi mereka, kecuali manusia sahaja yang minum mengikut SELERA TEKAK mereka. Justeru, makhluk lain tidak kena Diabetes atau penyakit kronik lain seperti kebanyakan manusia di zaman 'modern' ini.
Setelah anda akui betapa pentingnya Air kepada tubuh dan ingin memulakan meminumnya, anda juga perlu tahu bahawa AIR BUKAN SAMA! Walaupun pada mata kasar air kelihatan sama, sebenarnya AIR yang diperlukan untuk hidup juga boleh menjadi mudharat jika tersalah pilih. Pilihlah jenis dan sifat yang paling sesuai dengan tubuh manusia. Bagaimana pula caranya?
Ketahuilah bahawa Air mempunyai pelbagai sifat, ada bersifat:-
keras, lembut, sejuk, panas, ringan, berat, penurun, peningkat, kendur, tegang
Sifat Air mempunyai nilai yang berbeza dan kesan tindakbalas ke atas tubuh manusia juga berbeza.

TAKRIF SIFAT AIR
Keras, bermaksud air tersebut mengandungi garam galian serta unsur logam nano. Air semualajadi yang terdapat di kaki gunug, sungai, tasik bersifat berat kerana mengandungi garam dan unsur logam nano (trace elements). Air Zam-Zam juga termasuk dalam golongan air keras kerana kandungan garam Na, Mag, K, Ca serta Fl. Air ini lazimnya dipanggil Air Mineral.
Lembut, bermaksud air jenis ini tidak mengadungi garam atau unsur logam nano di dalamnya, seperti air RO dan Air Suling. Air lembut bersifat neutral.
Dari aspek keperluan tubuh, air keras adalah lebih berguna dan baik, sebaliknya air RO dan air Suling hanya bersih malah amat bersih sehingga tidak terdapat sebarang garam atau unsur logam nano yang amat diperlukan oleh tubuh. Jika anda perlu buat pilihan, air jenis mana anda pilih?
Sejuk, bermaksud air tersebut bersifat ALKALI. Ini amat penting untuk meneutralkan sisa asid yang banyak terdampar di dalam tubuh anda. Contoh air Alkali ialah semua jenis Air Keras.
Panas, bermaksud air ini bersifat ASID. Air jenis ini tidak dapat membantu mengenyahkan sisa asid dari tubuh anda. Justeru keasidan tubuh akan berkekalan malah akan bertambah lagi. Contoh air panas ialah minuman Cola, minuman Gas. Air jenis mana ada perlu minum?
Ringan, bermaksud molekul air yang dibina dari HIDROGEN, berat atom Hidrogen ialah 1, kerana mempunyai 1 elektron sahaja, unsur paling ringan dalam skala berjadual (periodic table). Rngkasan molekul air = H2O. Kebanyakan air di permukaan bumi adalah dari jenis H2O.
Berat, bermaksud molekul air yang dibina dengan DIEUTRIUM, iaitu jenis Hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 elektron, berat molekulnya ialah 3.

Sebilangan kecil air di Bumi terutamanya di kawasan air terjun. Simbol airnya ialah D2O. Manakala air paling berat ialah air yang dibina dengan TRITRIUM, jenis Hidrogen yang mempunyai 3 proton dan 3 elektron. Berat molekulnya ialah 6, dan air jenis ini dipanggil ISOTOPE, dibuat khas oleh manusia untuk menyejukkan Logi Reaktor Neuklear. Simbol Air ini ialah T2O.
Penurun, bermaksud air yang boleh menentang dan menurunkan kadar pengoksidan. Air jenis ini lazimnya mengandungi semua garam elektrolit serta unsur logam nano. Istimewa nya air ini adalah ia turut mengandungi lebihan OKSIGEN LARUT dengan 2 Elektron Bebas untuk didermakan kepada 2 unit H+ atau 2 unit ROS (Radical Oxygen Spesis) atau lazim disebut Radikal Bebas. Air jenis ini hanya boleh didapati melalui proses elektrolisis dengan menggunakan mesin khas untuk memisahkan molekul H2O dan singkirkan H+ tersebut dari takungan air justeru, menghasilkan OH-. Apabila 2 OH- bertembung semula ia membentuk H2O dan menghasilkan 1 unit O- (Oksigen negatif - mempunyai 2 elektron tambahan). Air jenis ini digunakan oleh orang Jepun untuk meneutralkan radiasi peninggalan bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kini air ini yang juga dipanggil AIR IONIK sedang mencetuskan kebangkitan besar di persada industri kesihatan dunia.
Peningkat, bermaksud air yang menggalakkan pengoksidan dengan merompak elaktron dari sel tubuh justeru, mencedera dan menyababkan penuaan lebih awal disamping menggugat pertumbuhan sel serta seringmengganggu DNA. Contoh air peningkat ialah minuman Cola, Diet Cola, semua minuman bergas, Sirap, Alkohol, Bir, air RO atau semua air minum berwarna dan berperisa.
Kendur, bermaksud air ini mudah meresap ke dalam kotoran atau ke dalam sel kerana sifat gumpulan molekulnya kecil, antara 5 ke 6 molekul air dalam satu gumpulan. Air mineral, air Alkali bersifat kendur justeru, baik untuk sel tubuh.
Tegang, bermaksud gumpulan air ini besar, lazimnya terdapat 13 atau 15 molekul setiap gumpulan. Ia tidak mampu melakukan kerja membasuh atau mencuci dengan baik malah menokok tambah kotoran di dalam tubuh. Air minuman Cola, Diet Cola dan semua minuman berperisa, berwarna dan bergas merupakan air tegang.
Kini anda mempunyai gambaran ringkas tentang sifat air, pilihlah dengan tepat, kerana pilihan anda akan menentukan mutu kesihatan dan kehidupan sementara anda di Bumi ini.

Pada masa kini, air beralkali begitu popular. Ini menunjukan kebanyakan orang semakin sedar akan kepentingan air beralkali kepada diri mereka. Tapi kenapa air beralkali?
Tahukah anda bahawa dalam badan anda adalah terlalu berasid? Ini adalah kerana dari makanan, pencemaran, rokok, air, gaya hidup dan juga tekanan hidup. Dan daripada ini, badan kita akan mengalami pengoksidaan. Jika anda kurang faham apa itu pengoksidaan, anda boleh lihat pada potongan buah epal. Jika dibiarkan buah epal itu terdedah di udara ia akan bertukar warna keperang-perangan. Samalah juga dengan anggota dalam badan kita.
Yes, jika anda sedar juga, perkataan anti-oksida juga semakin popular sekarang. Boleh kata kebanyakkan makanan dan minuman yang ada dipasaran terutama makanan tambahan (supplement food) mempunyai anti-oksida (mereka yang cakap). Tapi tahukah anda, bahawa anda boleh mengawal tahap asidik dalam badan anda dan pada masa yang sama boleh bertindak untuk de-tox kandungan oksida hanya dengan air sahaja? Ya tanpa perlu makan banyak makanan tambahan setiap bulan. Menurut kata Ian Blair Hamilton
Managing Director, IonLife
Managing Director, IonLife
Isn’t this fabulous information? I am so grateful to have learned about acid/alkaline! We’ve all concentrated on finding the latest supplement or miracle cure to ‘improve our wellness when the real support work can be done using what we are primarily and overwhelmingly composed of.What’s that? Water!We are 70% water – yet we’ve basically ignored it! So now we are going to look at how water can change us fundamentally. But to do this I need to let you see what happens in an acidic body – bearing in mind that unless you are the one in 100 who is naturally alkaline, this means YOU!
Kini baru kita ketahui bahawa air begitu penting kepada anggota dalam badan kita ini. Air alkali juga bertindak sebagai anti-oksida yang amat berkuasa. Makanan beralkali juga bertindak pada setengah-tengah perkara tapi ingatlah bahawa badan kita adalah 70% air, jadi lebih mengikut akal jika air kita minum lebih beralkali. Ini kerana air dalam bentuk antioksida adalah begitu berkesan dan lebih ekonomi untuk menyerang balas radikal bebas(free radicals) di dalam badan kita daripada makanan atau pil-pil.
Dan yang paling penting sekali, minum air yang beralkali lebih jimat dan lebih selamat serta sihat dari air yang kita beli di luar itu seperti air mineral, RO dan juga distilled water (air suling).
Kelebihan Air Alkali
Tinggi Antioksidan (Membenteras Radikal Bebas), Mengatasi berlebihan Asid Laktik di dalam tubuh, Membekalkan banyak oksigen,Meningkatkan Tenaga, Mempercepatkan Penyembuhan, Menawar & Mengingkirkan Toksik, Anti Kanser (sel kanser tidak boleh hidup di dalam keadaan beralkali), Membantu mengawal berat badan, Kaya dengan mineral Magnesium, Kalsium, Potasium & Sodium dan nutrien lebih mudah di serap oleh sel badan
Air Beralkali
Membantu Membuang Batu Karang Di Dalam Buah Pinggang, Membantu penyakit Arthritis, Penyakit Autoimun, Penyakit Gout, Osteoporosis,Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi, Membantu Penyakit Kanser (Kaya dengan Antioksidan), Stroke, Serangan Sakit Jantung, Keradangan, Menambah Bekalan Mineral di dalam Tubuh, Mengurangkan stress kepada Sistem Eliminasi (Buah Pinggang, Hati & Usus)
Ciri-ciri Orang Beralkali
Sentiasa bertenaga, tidak letih selepas memakan daging, tidur sikit pun segar, kerja melibatkan mental tidak penat, berpandangan positif,Ceria, Boleh melakukan aktiviti lasak, Jarang deman & selsema, Tahan alahan, Tenang & Sihat, Pergaulan aktif
Antara punca Penyakit akibat Asid berlebihan di tubuh badan
Obesiti
Berpunca daripada makanan berkarbohidrat dan berlemak menjadi fatty asid dan melonggok di bawah kulit, perut dan pinggang bagi lelaki. Manakala perempuan di punggung, peha & buah dada. Organ dalaman tidak dapat bekalan nutrien yang mencukupi dan akhirnya boleh merosakkannya. Mengatasinya dengan mengambil air beralkali (sekitar PH 9~10) di antara 5~8 gelas sehari untuk mengaktifkan buah pinggang. Hati akan memetabolismakan lemak
Kanser
Badan berasid menyebabkan sel rosak dan akhirnya menjadi kanser. Masalah kanser dirawat dengan kimoterapi di mana radiasi akan menambahkan asid dan menjadikannya lebih serius. Meminum air tinggi alkali akan dapat mencegah kanser dengan meneutralkan asid tersebut
Tekanan Darah Tinggi
Penyakit tersebut disebabkan oleh keadaan asidosis dalam tubuh kita yang datangnya dari faktor pemakanan berasid seperti makanan berminyak, berkarbonat dll. Meminum air tinggi alkali boleh menurunkan tekanan darah
Arthritis
Disebabkan longgokan asid di sendi. Makan Aspirin menjadikan lebih asid. Sapuan luar hanyan kelegaan sementara. Air tinggi alkali dapat Membantu mengurangkan longgokan asid di sendi
Buah Pinggang
Bahan toksik membebankan buah pinggang menyebabkan Nephritis, Keracunan Uremia dan Penyakit pundi kencing. Toksik menyebabkan darah berasid. Garam asid menjadi batu di buah pinggang. Air alkali dapat membantu masalah ini
ERTI SYUKUR..
“Eh, mana kasut aku ni..! Hmm.. siapalah yang curi...?”.
Ngomel aku di dalam hati setelah selesai menunaikan solat di masjid. Setelah mencari di sudut-sudut lain sekitar masjid aku terjumpa kasut ku.
“Alhamdulillah..” (sambil masih mengomel di dalam hati 'siapalah yang guna kasut aku ni..').
Ada beberapa perkara yang ingin saya lontarkan pandangan dalam realiti kehidupan yang berlaku di atas. Pertama, manusia memang selalu tidak puas hati. Dan yang kedua manusia tidak letakkan kesyukuran itu seratus peratus pada Allah.
Bukankah setiap yang berlaku itu dalam pengetahuan Allah, hatta pergerakan sehelai daun yang jatuh di dalam hutan tropika yang tidak pernah dimasuki manusia pun dalam kawalan dan pengetahuan Allah. Setiap sudut ‘yaw, pitch, roll’ jatuhnya daun itu dalam perancangan Allah. Begitu juga dengan hilangnya kasut kita itu.
Ia adalah ujian, setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah. Bagaimana kita berhadapan dengan ujian ini bergantung pada keimanan kita.
Pernahkah kita bersyukur setiap kali kasut kita ada apabila kita selesai solat? Jarang bukan..kita bersyukur apabila hak kita yang hilang dikembalikan semula (itupun dengan ngomelan..). Jika hak kita tidak dikembalikan, bagaimana? Tapi kita lupa untuk bersyukur setiap detik ketika mana Allah menjaga hak kita... “Alhamdulillah kasut aku masih ada..”.
Begitu juga dengan semuanya yang kita ada, kerana ia semua hanyalah pinjaman daripada Allah.
“..Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri..”(Luqman: 12)

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan.
Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja;
dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata”
(al-An'am : 59)

//Bersyukurlah selagi kita berpijak di daerahNya
Kisah Jasad Nabi SAW nak dicuri
Percaya gak, kalau ternyata jasad nabi Muhammad SAW pernah terusik dan nyaris di curi oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rencana jahat yang mengancam sang nabi tercinta. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
Sebagaimana telah kita ketahui bahwa hampir dapat dipastikan bahwa sebagian besar orang yang berziarah ke masjid Nabawi pasti tak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Mereka berbondong-bondong menuju makam sang nabi Fenomenal itu. Untuk sekedar melihat atau berdoa.
Peristiwa ini dilatarbelakangi oleh kondisi umat islam pada masa dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdiri beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah. Tentunya hal ini tak di sia-siakan begitu saja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Karena ternyata diketahui diam-diam mereka telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropa, mereka pun mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Dimana pada musim itu banyak jamaah haji yang datang dari berbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang nasrani ini menyamar sebagai jamaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maroko. Kedua spionase itu ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamarnya menuju makam Rasulullah.
Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu
Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam kala itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut pirang dan berujar: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan sholat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam semalam.
Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari damaskus ke madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan sholat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu diantara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah makanan. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah diantara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”
Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Maroko tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang saleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah yang ia lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jamaah dari Andalusia Spanyol. Meski sultan sudah mendesak bertanya tentang kegiatan mereka di Madinah. Mereka tetap tidak mau mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.
Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah tumpukan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut pirang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropa untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya.
Sumber:
http://indonesiabreakingnewsonline.blogspot.com/2008/07/pencurian-jasad-nabi-muhammad-saw.htm

Thursday, June 9, 2011
Makkah, kota ibadah dan sejarah
Pernahkah kamu hai manusia berkunjung ke kota suci mekah ini?
Kunjungilah walaupun sekali seumur hidup, biarrpun terpaksa menjual tanah bendang perpuluh ekar, kereta mewah dan harta pinjaman Illahi ini.
Demi Allah, segala nikmat kurnianya di dunia hanyalah pinjaman yang tak dapat dibawa sekali ke dalm kubur yang muat untuk mu itu.
Jika pernah ziarah ke tempat suci ini, maka terasalah keinginan yang amat hebat untuk kembali lagi. Kenapa? Bukti Allah amat menyayangi kamu. kamu telah jatuh cinta pada kebesaran Allah. Maha suci Allah.
Seantero pelusuk dunia umat islam menziarahinya setiap hari, ada yang datang dari hujung dunia, ada yang datang dari puncak gunung, ada juga yang datang dari medan perang dan ada juga makhluk Allah yang turun dari langit menziarahinya.
Seindah mana pun kata yang cuba dilafazkan, tak dapat diucapkan kemeriahan kotanya.
Di sini, aku cuma menceritakan pengalaman, ada suka dan ada duka. Setiap insan yang datang pasti diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian setiap hari.
Dalam posting ini, aku nak cerita tentang kaabah dulu. Insyaallah dalam posting lain pulak aku cerita pasal lain pulak.
Kaabah, jika dilihat pasti jatuh cinta pada pandangan pertama. Kenapa? Allah saja lah yang tahu.
Dibina berbentuk segi empat kurang tepat,berbucu 4, setiap bucu dipanggil rukun. Rukun hajarul aswad, rukun iraqi, rukun syami dan rukun yamani mengikut pusingan lawan jam.Plan lengkap boleh rujuk sini.
Daripada 4 rukun tersebut, hanya 2 sahaja yang Nabi Muhammad SAW pernah pegang. Rukun hajarul aswad (dicium dan pegang) dan rukun yamani (pegang sahaja).
Siapa yang tak kenal lagi hajarul aswad? Hajarul aswad adalah serpihan batu hitam yang ditampal pada rukun tersebut dimana Nabi Muhammad pernah menciumnya.Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan. (masih ada keraguan dalam pendapat ini).
Tips: waktu yang amat mudah untuk mencium hajarul aswad adalah ketika musim umrah, selepas subuhdan watu tengah malam hingga subuh. selain bulan ramadhan kerana penziarah tidak terlampau ramai jika dibandingkan pada musim haji dan di bulan ramadhan.
Jangan berani mencuba untuk menciumnya waktu solat fardu, anda akan dibelasah polis arab! Berbaris! jangan potong barisan dan berebut, Allah akan balas nanti!
Seterusnya Pintu Kaabah, juga dipanggil Pintu Taubat dan banyak nama lagi. Pintu ini diperbuat daripada emas tulen yang berdekorasi ayat-ayat suci alquran tentang taubat. Pintu ini pula ada kuncinya dan dipegang oleh Kabilah yang diamanahkan oleh Rasulullah hingga hari ini.Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Multazam pula adalah dinding antara pintu kaabah dengan bucu hajarul aswad. Tempat inilah mustajab doa kita. Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Hijr Ismail pula adalah sebahagian daripada kaabah. Solat sunat di sini menyamai solat di dalam kaabah. Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Pancur Emas pula benda yang menyalurkan air hujan yang terkandung atas bumbung kaabah ketika hujan. Jangan sekali-kali melakukan bid'ah disini dengan mandi atau minum air yang keluar melaluinya kerana anda akan mandi/ minum najis burung!
Kiswah (kelambu) kaabah pula adalah kain sutera yang menyarungi kaabah. Sejak zaman nabi lagi dah ada kiswah ini. Jika anda teringin mendapat serpihan kiswah ini ada dijual pada musim haji sahaja. Serpihan kain ini sebesar kad nama dan tiada benang emas atau perak berharga 50 riyal.Jangan buat kain kiswah ini sebagai tangkal atau azimat. Benda tu tak akan melindungi dan tak memberi apa-apa pun. Mintalah dengan Allah.
Jauhi:
mencium hajarul aswad terlalu lama.
memegang rukun yamani ketika tawaf. Batal tawaf anda!
mengusap-usap pintu kaabah, multazam, kiswah dan mana-mana dinding kaabah.
solat sunat di hadapan multazam atau pintu kaabah ketika terlalu ramai orang sedang berdoa.
Bid'ah( mangada-adakan sesuatu yang baru dalam agama) seperti menconteng nama pada bahagian kaabah. Dosa besar anda! menjilat, mengkeramatkan sesuatu benda apabila mengosokannya pada kaabah dan yang pelik-pelik lagi.

Monday, June 6, 2011
Nasi Kabsa bersama Roast Lamb
Subscribe to:
Posts (Atom)